Monday, July 9, 2012

know ur RIGHTS....


BELAJAR. anda MEMPEROLEHI PENDAPATAN, tidak TERBEBAN DENGAN HUTANG PTPTN, tamat belajar..anda adalah BOS...
KUALA LUMPUR 5 Jul - The RIGHTS bersama syarikat Inter Electronic Medication Academy Sdn Bhd akan menganjurkan preview program BELAJAR sambil BERNIAGA yang telahpun dianjurkan sejak 2 tahun lepas yang telahpun berjaya mengeluarkan 16 graduan / usahawan yang memperolehi Excecutive Diploma in Business and Entrepreneurship (EDGE) dan menjalankan terus perniagaan.  Program ini dilaksanakan kini dengan kerjasama Open University.
Berdasarkan kepada pencapaian tersebut The RIGHTS dan Inter Electronic Medication Academy berhasrat untuk menambah lagi beberapa model industri yang sesuai serta berpotensi untuk memberi peluang kepada pelajar / siswazah yang berminat untuk mengikuti program EDGE.  Industri yang telah dikenalpasti termasuklah Herba dan Kosmetik, Pakaian, Automotif, Pertanian dan Penternakan serta Industri Produk Halal.
Oleh itu The RIGHTS / Inter Electronic Medication Academy akan membuat preview program yang telah dijalankan dan seterusnya majlis diskusi percambahan minda yang akan diadakan selama 3 hari seperti berikut:
  • Preview dan Diskusi AkademikMajlis ini dikhaskan kepada Pendidik dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta, pensyarah, agensi kerajaan, pusat-pusat R & D atau pusat-pusat latihan.
  • Preview dan Diskusi Mentor Usahawan.  Majlis ini dikhaskan kepada usahawan berjaya yang berhasrat untuk menjadi mentor, atau usahawan yang boleh menyumbang ide dan pengalaman dalam pembentukan usahawan.
  • Percambahan Minda dan Temusuai.  Majlis ini akan menemukan kedua-dua ahli daripada kedua-dua  program di atas bagi mencapai satu matlamat dan iaitu satu program yang dapat memberikan impak dan kesan kepada pelajar, masyarakat dan negara.
Oleh itu, kami menjemput dengan bangga dan berbesar hati menjemput ahli-ahli untuk ikut serta, kepada yang berminat sila hantar email maklumat berikut ke : admin@rights.com.my Alamat e-mail ini dilindungi dari spambots. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk paparkannya :
  • Akademia:
    • Nama Penuh :
    • Jawatan :
    • Kelayakan :
    • Institusi :
    • Bidang :
    • Alamat Email :
    • Nombor Telefon :
  • Usahawan :
    • Nama Penuh :
    • Syarikat :
    • Jawatan :
    • Bidang :
    • Alamat Email :
    • Nombor Telefon :
Tempat adalah terhad, dan hanya 40 peserta utama sahaja yang akan dijemput. Tempat dan tarikh acara akan dimaklumkan dengan seberapa segera.  Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 013-2033030 En. Haris Fadzlah.

No comments:

Post a Comment