Tuesday, March 26, 2013

Perodua Semakin Mantap


HOME
ABOUT US
GALLERY
UPCOMING EVENTS
DOWNLOAD
CONTACT US



MAR 26, 2013 - POSTED BY KU UNDER: UNCATEGORIZED
Kilang pengeluaran kenderaan baru milik Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang bernilai RM790 juta akan mula beroperasi pada pertengahan tahun depan.

Apabila beroperasi kelak, kilang yang akan dikenali sebagai PERODUA Global Manufacturing Sdn Bhd itu, bakal memiliki keupayaan pengeluaran tahunan sehingga 100,000 unit kenderaan bagi satu syif bekerja.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata kilang baru yang dilengkapkan dengan kemudahan kelengkapan teknologi paling canggih itu, bakal membantu melonjakkan kualiti, kecekapan, produktiviti dan pengurusan kos PERODUA menyamai standard pengeluaran kenderaan pada peringkat global.
Ambil 1,200 pekerja

“PERODUA Global Manufacturing akan menempatkan proses automasi, robotik, jentera, peralatan serta sistem pembangunan modal insan paling maju dan canggih di negara ini.

“Dengan sokongan rakan kongsi kami, Daihatsu Motor Co Ltd, kilang baru ini akan menjadi contoh kepada keseluruhan rantaian kumpulan PERODUA, khususnya dari segi operasi dan pendekatannya,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau bagaimanapun, tidak menyatakan jenis dan model kenderaan yang akan dikeluarkan menerusi kilang berkenaan.
Sementara itu, Aminar berkata, kini semua kerja bagi menjayakan pengeluaran kenderaan menerusi kilang baru itu kini berjalan lancar dan sempurna.

“Sehingga ini, semuanya berjalan lancar dan PERODUA juga akan memulakan proses pengambilan 1,200 pekerja baru tidak lama lagi,” katanya.

Pembinaan kilang baru itu adalah antara langkah PERODUA dan Daihatsu Motor bagi menumpukan kepada pengeluaran kereta kompak mampu dimiliki dan cekap bahan api.

Kilang yang dibina bersebelahan kemudahan sedia ada PERODUA di Rawang, Selangor itu juga bakal membantu PERODUA mencapai sasaran mengeksport 20,000 unit kenderaan setahun menjelang 2015.

Belanja RM2.3b

Sejajar dengan wawasan PERODUA untuk muncul sebagai syarikat kereta global, Aminar berkata, kumpulan itu kini bersedia membelanjakan sehingga RM2.3 bilion sebagai perbelanjaan modal bagi menambah baik kesemua operasinya.

Katanya, peruntukkan perbelanjaan itu akan dibuat sehingga 2018.

Difahamkan, kilang baru dengan operasi bertaraf global itu menggunakan teknologi terkini Daihatsu Motor.

Antara lain teknologi yang digunakan meningkatkan automasi dalam proses kimpalan dan ketepatan pengukuran badan kenderaan, sekali gus menambah baik kawalan kualiti kenderaan.






2 comments:

  1. "....remember where youre from ..what youve been through"...ring a bell?? ..YAZ??haha..

    ReplyDelete
  2. yeah!!...da sign on dat wooden thing at the entrance of my Re Entry dormitories at Persada Rehab..so??

    ReplyDelete