Thursday, May 30, 2013

Rezeki di cari...bukan di khianati..peluang perniagaan..

Haris Fadzlah & Family Sdn Bhd dengan sokongan dan kerjasama Sidratul Corps akan menganjurkan KURUSUS PERTAMA PERUNDING / KONSULTAN PENGILANGAN KONTRAK PRODUK HALALAN TOYYIBAN & AMALAM PENGILANGAN ISLAM (IMP).
Kursus ini di khaskan kepada individu Muslim yang berminat untuk menjadi Perunding / Konsultan Pengilangan Kontrak Produk Halal dan Toyibban dan Amalan Pengilangan Islam (IMP).
Kursus akan di adakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
  • Tarikh  :  17 hingga 19 Jun 2013 (3 hari 2 malam)
  • Masa  :  08.00 pagi - 05.00 petang
  • Tempat  :  Kuala Kangsar, Perak
  • Yuran  :  RM 1,000.00 (termasuk penginapan, makan, minuman, sijil dan nota)
Kursus selama 3 hari ini akan membentuk dan membolehkan sesseorang itu dilantik menjadi Perunding / Konsultan kepada usahawan dan bakal usahawan dalam industri pembuatan produk Halalan & Toyyiban selain memberi penerangan mengenai konsep Amalan Pengilangan Islam (IMP).
Para peserta akan diajar dan dilatih teori dan praktikal serta memahami proses dan struktur untuk membolehkan apabila peserta di lantik menjadi Perunding / Konsultan kelak ia dapat memberikan khidmat dan nasihat dalam semua sektor industri pembuatan produk Halalan Toyyiban bagi orang-orang Islam di Malaysia ataupun di luar negara yang ingin memulakan industri pembuatan produk atau mengubah dan mengamalkan Amalan Pengilangan Islam (IMP).
Perunding juga boleh memberikan khidmat nasihat kepada usahawan dan bakal usahawan Muslim dalam program Pengilangan Kontrak, kerana pada dasarnya ramai umat Islam di negara ini atau pun di seluruh dunia bercita-cita untuk menjadi usahawa terutama dalam industri pembuatan produk Halalan Toyyiban, namun tidak ramai yang mampu untuk menyediakan modal dan sebagainya.  
Namun dengan program Pengilangan Kontrak ini, usahawan Muslim yang mempunyai modal yang sedikit mampu mengeluarkan produk Halalan Toyyiban di atas jenamanya sendiri.
Ini adalah satu program untuk memperbanyakkan produk Halalan Toyyiban bagi orang Islam di seluruh negara dan untuk eksport.  
Program seterusnya adalah menaik taraf usahawan Pengilangan Kontrak kepada program membuka kilang / industri dan sebagainya dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan dan perbankan bagi memenuhi permintaan produk dan program transfer technology oleh Mentor.
Sebagai permulaan hanya 20 peserta sahaja yang akan diterima, kepada yang berminat sila emailkan ke : admin@rights.com.my maklumat berikut:
  • Nama Penuh
  • Alamat
  • Nombor Telefon
  • Alamat Email
Tarikh tutup permohonan pada 10 Jun 2013. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 010 600 2332 / 010 600 2442.
Peluang selepas kursus:
  • Peserta dan Syarikat dilantik menjadi Perunding / Konsultan Pengilangan Kontrak / Amalan Pengilangan Islam (IMP).
  • Nama dan Syarikat akan disenaraikan di laman web www.rights.com.my sebagai Perunding Bertauliah.
  • Dilantik dan di undang menjadi penceramah dalam program-program usahawan.

www.rights.com.my



No comments:

Post a Comment